Penduduk Gelang Patah Dah Banyak Berkorban Bagi Jayakan Pembangunan Yang Diusahakan Kerajaan – Khairi Malik

JOHOR BAHARU, 23 Sept – Ketua UMNO Gelang Patah, Mohammad Khairy A.Malik berkata penduduk bahagian berkenaan telah banyak berkorban bagi menjayakan pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan.

Menurut beliau, terbaru laluan kedua keretapi laju daripada Kuala Lumpur ke Singapura turut melangkaui bahagian tersebut sepertimana yang dibangkitkan oleh pembahas pada persidangan terbabit.

14329989_1289684311063755_4153140028677442001_n“Kita faham ada enam perhentian dan salah satunya adalah Gelanng Patah dan bukan sekadar buat terminal malah akan merentasi kampung-kampung di dalam kawasan terminal di Gelang Patah ini.

“Ini antara yang akan kita bawa dan minta supaya pandangan kita turut diambil kira oleh kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan-aluan pada mesyuarat UMNO bahagian berkenaan baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menurut beliau penduduk di Gelang Patah telah banyak berkorban seperti pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas dalam usaha menjayakan pembangunan negara termasuklah negeri itu sendiri selain akan turut merancakkan lagi ekonomi setempat.

“Dan saya percaya laluan kedua keretapi laju ini juga akan memberi manfaat dan sekali lagi masyarakat di sini terpaksa berkorban. Jadi kita berharap sebelum buat apa-apa perbincangan dengan pemimpin setempat hendaklah dilalukan seperti bagaimanakah bentuk pembangunan dan sebagainya.

“Ini penting supaya kita boleh turut sama memberikan pandangan sebaik mungkin kerana kita tidak mahu laluan-laluan ini memusnahkan kampung -kampung tradisional. Kita tidak mahu banyak pengambilan tanah terlibat…kalau terpaksa bolehlah dirundingkan dan sebagainya,” katanya.

Katanya lagi hasil pembangunan itu juga perlu dikongsikan dengan penduduk setempat dan pihanya percaya kerajaan telah membuat pertimbangan sebaik mungkin untuk penduduk mendapat limpahan hasil pembangunan berkenaan.

“Percayalah kita tidak mahu penduduk hanya sekadar menjadi penonton kepada pembangunan tersebut,” katanya.

Dalam ucapannya itu juga beliau turut menyentuh soal pembinaan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Ini penting supaya penduduk di sini mendapat kemudahan berkenaan termasuklah anak-anak muda dan sebagainya. Begitu juga dengan ibu-ibu tunggal dan sebagainya lagi.

“Kita juga melihat kepada mereka yang baru mendirikan rumahtangga dan sebagainya. Justeru apabila wuudnya PPR nanti saya percaya yang disebutkan tadi akan dapat manfaatnya termasuklah yang lain-lain,” katanya.