‘Hidup UMNO’

'Hidup UMNO'

Johor Bahru, 14 September–Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama kepimpinan UMNO Negeri Johor dan peserta – peserta seminar yang terdiri daripada ahli UMNO, NGO Johor, Agensi Kerajaan dan mahasiswa universiti tempatan melaungkan ‘ Hidup UMNO’ pada seminar Komemoratif 70 Tahun UMNO di Pusat Konvensyen Persada Johor di sini petang ini. Turut bersama Timb. Pengerusi Perhubungan Johor, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Setiausaha UMNO Negeri Johor, Datuk Jais Sarday dan Ketua Penerangan UMNO Negeri, Datuk Samsol Bari Jamali. – Foto : MediaUMNO