Jangan Rosakkan Hasil Titik Peluh Perjuangan 59 Tahun – Noraini

PARIT SULONG, 31 Ogos – Penolong Setiausaha Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Noraini Ahmad berkata, beliau berasa hairan apabila mantan perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed mahu merobohkan sesuatu yang telah dibina sekian lama hasil penat jerih pejuang bangsa terdahulu.

IMG_9188Jelasnya, sebagai seorang tokoh kenegarawan seharusnya Tun lebih mengetahui bagaimana pedihnya masa mula-mula mahu mencapai kemerdekaan Negara.

“Memang hak Tun untuk bercakap kerana dia telah memilih haluannya sendiri. Namun kami yang masih di dalam UMNO masih percaya semangat, sokongan dan sayangnya ahli kepada UMNO dan Negara ini masih tetap ukuh dan kekal.

“Saya juga percaya rakyat boleh menilai mana yang baik dan buruk. Kami Wanita BN akan terus mempertahankan parti ini khususnya UMNO. Kami tidak sanggup apa yang telah dicapai selama 59 tahun musnah begitu sahaja,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tun M yang menyeru agar rakyat menjatuhkan UMNO pada PRU akan datang ketika berucap di Kereteh baru-baru ini.

Sebelum itu Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong bersama Wanita BN mengedarkan lebih kurang 2500 jalur gemilang kepada orang ramai di KL Central.

Program itu bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan hari merdeka ke 59 tahun.

 

8c47f0a0-92ad-4ac7-97c9-d2f04bdad313