Cabaran Jadikan UMNO Lebih Matang – Baharum

JOHOR BAHARU, 26 Ogos – Ketua UMNO Sekijang, Datuk Hj Baharum Hj Mohamed yakin sokongan padu daripada akar umbi terhadap pucuk pimpinan parti akan menjadikan UMNO terus kuat dan matang dalam mengharungi perjuangan bagi membela dan menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Menurut beliau UMNO yang hari ini diuji dengan pelbagai cabaran bukanlah perkara baru kerana sebelum ini parti itu pernah berdepan dengan pelbagai ujian yang penuh getir dan perit, namun Alhamdulillah ianya dapat meallui dengan jayanya.

WhatsApp Image 2016-08-26 at 11.00.20“Bermula daripada dulu kita tidak pernah sunyi daripada ujian hinggalah kepada perpecahan dan juga penubuhan parti baru. Kita yakin ujian yang dihadapi serta cabaran yang ditempuhi akan mematangkan lagi perjuangan kita hari ini.

“Sebab itulah apa yang saya katakan tadi, sokongan padu kepada pucuk pimpinan akan mematangkan serta menguatkan lagi parti. Datanglah cabaran apa sekali pun sekiranya kita terus meletakkan perpaduan, insya Allah kita akan dapat harunginya,“ katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Baharum yang juga Bendahari UMNO Johor seterusnya menambah mesyuarat bahagian yang sedang berlangsung pada ketika ini merupakan salah satu medium kepada ahli parti untuk sama-sama membantu menguatkan parti.

“Bagaimana caranya sudah tentulah ruang yang terbuka luas sepanjang mesyuarat berkenaan digunakan untuk melontarkan apa jua cadangan dalam usaha mengukuhkan parti dan juga untuk kepentingan rakyat.

“Kita di bahagian Sekijang ini insya Allah akan mengadakan persidangan pada esok dan kita mengharapkan pelbagai input dilontarkan oleh para perwakilan.

“Gunalah platform itu sebaik mungkin dan jadikanlah persidangan itu sebagai medan bukan sahaja untuk parti tetapi juga mengambil kira kepentingan rakyat untuk kita berjuang bersama-sama,“ katanya.