JDT Lebarkan Penguasaan, Tebus Kekalahan ?Ke Atas Perak

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Johor Darul Ta’zim (JDT) menebus kekalahan 0-3 kepada Perak dalam saingan Piala Malaysia Sabtu lalu apabila mengalahkan pasukan tuan rumah 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak hari ini.

13667798_663437177152918_7239288689802796883_oKemenangan tersebut me­lebarkan kelebihan JDT di anak tangga teratas Liga Super kepada 43 mata selepas 17 perlawanan.

Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan menerusi tandukkan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-15 apabila pemain dari Argentina itu menyambar bola untuk menewaskan penjaga gol Perak, Muhd. Hafizul Hakim yang melantun dari palang setelah ditanduk oleh Juan Martin Lucero.

Kemenangan tersebut turut memastikan JDT mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super setakat ini.

Sementara itu, pencabar terdekat JDT, Felda United semakin ketinggalan apabila terikat 2-2 dengan Terengganu di Stadium Tun Abdul Razak.

The Fighters ketinggalan 0-1 seawal minit kelapan menerusi jaringan Issey Nakajima sebelum Amirul Syahmi Ashari melebarkan jurang dan pasukan tuan rumah berjaya merapatkan jurang pada minit ke-71 menerusi Zah Rahan Krangar.

Ahmad Syamim Yahya muncul penyelamat tuan rumah apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

Selangor terus mempamerkan aksi mengecewakan selepas tewas 0-1 kepada Kedah dalam saingan di Stadium Darul Aman menerusi jaringan tunggal Bang Seung Hwan tiga minit babak kedua bermula.

Pertemuan di antara Kelantan dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Muhammad IV menyaksikan tuan rumah merekodkan kemena­ngan 2-0.

Ketua pasukan Mohamad Badhri Radzi meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-66 sebelum Wander Luiz melengkapkan kemenangan Kelantan pada minit ke-90.