Cadangan Adakan PRN Negeri Satu Penafian Terhadap Kewujudan Badan Kehakiman

LEDANG, 04 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, jika benar kerajaan negeri Pulau Pinang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melakukan pilihan raya maka ia dilihat sebagai satu penafian wujudnya badan kehakiman di bawah Yang Dipertuan Agong sehingga terpaksa mengheret rakyat untuk menjadi hakim.

a6353ee8-598f-41c6-82e5-aca14fd6064aJelasnya, tindakan Dap itu bukanlah referendum tetapi Dap sebenarnya hanya mahu menjadikan ia regerendum untuk meraih simpati rakyat bagi mengesah dan mengukuhkan kedudukan Lim Guan Eng Sebagai ketua menteri.

“Bagi saya tidak ada keperluan mengadakan ‘snap polls’. Apa tujuan sebenar mereka? Adakah ingin membuktikan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja dan menidakkan badan kehakiman Negara? Ingin membuktikan Guan Eng tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa politik murahan?

“Sebenarnya mereka yang bermain politik murahan dan seakan tidak mengizinkan Guan Eng dibicarakan dengan adil dan telus. Jika benar Dap akan membubarkan Dun maka saya lihat mereka ini sebenarnya amat terdesak,” ujarnya kepada UMNO-Johor baru-baru ini.

Baru-baru ini khabar angin bertiup begitu kencang mengatakan kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan rasuah baru-baru ini.

Cadangna tersebut dikatakan sebagai tanda protes kepada pertuduhan rasuah yang difailkan terhadap Guan Eng dan mahu menilai maklum balas rakyat terhadap kes itu.

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan iaitu salah guna kuasa, dan perolehan harta di bawah nilai pasaran bagi seunit kediaman di Jalan Pinhorn, George Town.

Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).