Pembangkang Di Negara Ini Pembangkang Yang Hidup Atas Putar Belit Isu Dan Fitnah

KLUANG, 26 Julai – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, pembangkang di negara ini bukanlah merupakan pembangkang yang matang dan rasional sebaliknya sentiasa mahu menjatuhkan kerajaan dalam apa jua cara terutama melemparkan pelbagai isu yang berbentuk fitnah.

Ujarnya, kerana itulah pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan semata-mata mahu rakyat marah dan bencikan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

Jais Sarday - Pembangkang“Sekarang ini saya lihat pembangkang sudah tidak ada idea apatah lagi dengan isu-isu panas yang sedang melingkari parti mereka khususnya berkaitan Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng.

“Jadi mereka berusaha keras untuk mengalih isu maka timbullah dakwaan kononnya negara akan bankrap… Bank Negara akan bangkap. Sebelum ini tuduh Felda dan Tabung Haji akan bankrap.

“Sebagai sebuah negara yang maju, kita harus berpoltiik secara matang. Kalau mahu berhujah janganlah sekadar memburukkan orang lain tetapi berhujahlah dengan fakta yang jelas agar ia tidak menjadi retorik yang akhirnya mengelirukan rakyat,” ujarnya kepada portal UMNO-Online baru-baru ini.

Tambah Jais, dalam keadaan politik hari ini, ada sesetengah perkara yang tidak betul bila diulang berkali-kali akhirnya mungkin akan memerangkap pemikiran rakyat dan itulah yang menjadi tujuan pembangkang mahu rakyat bencikan kerajaan.

“Selama ini pun apa yang didakwa oleh mereka tentang keburukan kerajaan tidak dapat dibuktikan baik secara fakta mahupun undang-undang maksudnya di peringkat mahkamah.

“Saya rasa rakyat sudah mula berfikir secara rasional namun macam saya cakap tadi, jika sesuatu perkara itu diulang banyak kali mungkin ia akan berjaya juga mempengaruhi rakyat.

“Tapi setakat ini saya yakin dengan rakyat dan ia terbukti melalui keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan juga dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya lagi.