Muafakat Penting Bagi Pastikan UMNO Terus Utuh Di Bumi Johor – Khairi

GELANG PATAH, 17 Jul – Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A. Malik berkata, UMNO akan mampu bertahan dan terus gah di bumi Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti walaupun ramai yang beranggapan parti keramat ini semakin lemah dan tidak mendapat sokongan rakyat.

Jelasnya, demi memastikan kelangsungan UMNO, muafakat amatlah penting kerana UMNO adalah sebuah parti yang berkhidmat.

c870683d-b42a-414e-a960-c47814a28f0c“Selagi kita member perkhidmatan yang baik dan memberikan keutamaan kepada rakyat khususnya bangsa Melayu maka tidak ada sebab UMNO akan jatuh.

“Terus tumpukan pada pendidikan dan ekonomi orang melayu maka UMNO akan mampu mempertahankan kekuatannya di bumi Johor apatahlagi negeri ini adalah negeri kelahiran parti ini,” jelasnya kepada UMNO-Johor.

Dek kerana kekuatan UMNO di Johorlah maka ada sahaja pihak yang tidak bertanggungjawab berusaha keras menfitnah dan mempengaruhi rakyat agar membenci UMNO.

“Mereka terlalu ingin menakluki negeri Johor sebab itu mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan UMNO. Mereka tahu, jika UMNO lemah maka BN akan tumbang.

“Oleh itu kita harus terus bersatu dan bermuafakat demi memastikan agenda jahat mereka ini tidak dapat dicapai,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu ujarnya, yang penting, kita harus bermuafakat sebab UMNO sebuah parti yang berkhidmat, selagi beri perkhidmatan dan keutamaan kepada rakyat, pendidikan orang melayu ekonomi, UMNO akan mampu mempertahankan kekuatan di negeri Johor.