Meletakkan Imej Buruk Kepada Kerajaan Adalah Perkara Biasa Buat Pembangkang

SEKIJANG, 17 Jul – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap berkata, meletakkan imej buruk kepada kerajaan dengan melabelkan istilah bankrupt sebenarnya sudah menjadi satu kebiasaan kepada pembangkang.

Ujarnya, apa yang penting kepada pembangkang adalah ‘damage is done’. Soal apa yang dilemparkan itu betul atau tidak langsung tidak penting kerana tujuan mereka hanyalah untuk mewujudkan persepsi buruk di fikiran rakyat terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

7316383f-e978-430a-9d7c-776f72ac337f“Selagi nampak jahat, buruk dan negatif biarlah kepada kerajaan BN. Ia seolah-olah menjadi resam dalam komen dan hujah di media sosial bila menyatakan perihal berkaitan kerajaan pusat.

“Mereka yang tidak berfikir panjang pula akan mudah percaya dan terpedaya. Kerana itulah kita harus menyiasat kesahihan sesuatu perkara sebelum kita membuat keputusan,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Anuar berkata demikian mengulas tuduhan demi tuduhan yang viralkan kononnya Bank Negara akan bankrup.

Jika dikaji semula, ini bukan pertama kali istilah bankrup digunakan kerana dahulu Felda juga pernah dituduh bakal muflis, Tabung Haji juga pernah menerima nasib yang sama malah kerajaan pimpinan BN juga pernah difitnah bakal bankrup.

“Kini bank Negara pula dikatakan akan muflis.. selepas ini apa pula… ini semua adalah propaganda dan serangan politik mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Mereka mahu mewujudkan rasa takut di hati rakyat dan mula mempersoalkan segala tindak-tanduk kerajaan pusat. Mereka mahu melihat rakyat bertelagah. Jadi janganlah kita terpedaya,” katanya lagi.