Kerajaan BN Komited Tunai Janji PRU-13 – Abd Mutalib

LAYANG-LAYANG, 17 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Layang-Layang, Abd Mutalib Abd Rahim menyifatkan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri Johor amat komited untuk menunaikan segala janji yang telah dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 memandangkan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan slogan janji ditepati.

c6e67c67-fcd1-4ef0-9665-8fd4a744ab05Ujarnya, jika masih ada beberapa janji yang belum ditunaikan itu bukanlah kerana ia tidak akan ditunaikan tetapi mungkin ia berbentuk skala besar yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk diselesaikan.

“Saya melihat BN sentiasa berusaha untuk tunaikan janji yang dibuat pada PRU-13. Apa yang dijanjikan haruslah diselesaikan sebelum menjelangnya PRU-14 tetapi mungkin ada isu-isu terpencil yang belum dapat dikotakan.

“Sebagai contoh ditempat saya… rakyat mahukan rumah dan saya sendiri sedang berusaha untuk melaksanakan perumahan mampu milik untuk penduduk di DUN Layang-Layang,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Selain itu beliau berharap rakyat sendiri akan berhubung dengan individu-individu atau badan-badan yang berkaitan jika ada sebarang masalah berbangkit.

Bagi ADUN Tanjung Surat Datuk Syed Sis Abd Rahman pula beliau melihat kebanyakan janji yang telah dibuat oleh BN telah ditunaikan atau sedang diusahakan.

“Kebanyakan kawasan sebenarnya ada senarai projek-projek atau program yang harus dilaksanakan setelah berjanji. Kebanyakannya telah ditunaikan dan sedang diusahakan.

“Seperti ditempat saya, pembinaan jambatan di Tanjung Surat terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan. Saya berharap projek ini akan dapat disambung semula demi kemudahan rakyat,” katanya.