Sikap Ego Jadi Punca Sanggup Burukkan Parti UMNO Yang Berjasa

SEKIJANG, 6 Jun – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap membidas sikap segelintir individu yang terlalu ego sehingga melupakan apa yang dikatakan roh perjuangan dan sayangkan parti sehingga sanggup memburukkan UMNO.

Jelasnya, hanya kerana mahu memastikan ego dalam diri dapat ditegakkan maka parti yang telah banyak berjasa kepada mereka dipandang hina seakan tiada langsung kebaikan yang pernah UMNO lakukan untuk mereka.

293a9715-c22d-4bb4-9ee1-47c442fadc38“Sebagai ahli UMNO yang benar-benar sayangkan parti dan faham perjuangannya, maka kita tidak akan sanggup memburukkan parti keramat ini.

“Walaupun kita tidak lagi berjawatan atau tidak bersetuju dengan kepimpinan sediada, kita akan menggunakan landasan yang betul untuk melakukan teguran atau tunggu sehingga pemilihan parti.

“Bukan dengan cara kita burukkan parti. Kata sayang tapi tikam belakang parti,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Anuar, sebenarnya, erti sayangkan parti itu bergantung kepada diri seseorang itu. “Sebab itulah kita perlu menilai perjuangan UMNO berdasarkan diri kita. Kalau sayangkan parti ini bukan soal jawatan tetapi sejauh mana mahu menolong parti.

“Erti kata tolong juga banyak,sekiranya berjawatan sememangnya amanah itu perlu dilaksanakan, harus membantu parti dan sebagainya tetapi bila tidak berjawatan boleh bantu mereka yang berjawatan untuk mengukuhkan parti.

“Namun apa yang paling penting, kalau tidak mampu terlibat secara langsung dalam membantu parti, maka bantulah ahli keluarga dan orang yang berada di sekeling kita untuk menarik mereka sayangkan UMNO. Sebab itu saya sama sekali tidak bersetuju dengan sesetengah individu yang mengakui sayangkan parti tetapi melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan kebencian masyarakat terhadap UMNO,” ujarnya lagi.