Jika Sayangkan UMNO Dan Negara, Daftar Segera Sebagai Pengundi

JOHOR BAHRU, 30 Mei – Ahli DEwan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Layang-Layang, Datuk Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata, sekiranya ahli UMNO yang telah cukup umur tetapi masih tidak mendaftar sebagai pengundi maka ini menunjukkan bahawa mereka ini tidak sayangkan Negara.

209042f7-b33e-46e2-aa51-1387f5da98a2Jelasnya, sekiranya seseorang itu mahu Barisan Nasional (BN) terus menjadi pemerintah dan tidak mahu Negara ini jatuh kepada mereka yang tidak bertanggungjawab maka individu tersebut haruslah memastikan diri mereka menjadi pengundi.

“Apalah erti menjadi ahli UMNO tetapi kita tidak menjadi pengundi. Jika kita sayangkan UMNO maka kita harus mendaftar menjadi pengundi maka barulah menjadi ahli UMNO itu membawa erti.

“Ini kerana ramai ahli UMNO yang telah cukup umur tetapi masih tidak berdaftar sebagai pengundi. Jadi di manakah rasa cinta mereka kepada Negara. Kalau ahli UMNO tapi tidak daftar sebagai pengundi dan memastikan BN terus memerintah maka tidak sampai tahap mereka ini cintakan Negara,” katanya kepada UMNO-Johor.

Tambah Mutalib, rasa cinta kepada Negara itu perlu direalisasi dan dibuktikan apabila tiba musim mengundi apatahlah Pilihan Raya Umum ke-14 sudah tidak lama lagi.

“Sebagai ahli UMNO, sudah pasti kita mahu teruskan kesinambungan BN dan UMNO. Jadi segeralah daftar sebagai pengundi.

“Ini amat penting kerana masa hadapan parti terletak di tangan anda,” ujarnya lagi.