Anak Jati Johor Dipilih Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016

SABAH, 16 Mei – Anak jati Johor hari ini diumumkan sebagai penerima anugerah utama dan beberapa anugerah lain sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016, yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah.

image-22-1000x563Bekas guru pakar Bahasa Melayu, Azizul Rahman Abdul Rahman, berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2016.

Manakala Tokoh Kepimpinan Pendidikan dianugerahkan kepada Dato’ Dr Ahamad Sipon, anak kelahiran Panchor, Muar.

Sementara itu, Joei Ong Suk Mei dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sutera Skudai pula diumumkan sebagai Guru Cemerlang Orang Kurang Upaya (OKU) dan Dr. Maskiah Masrom dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor sebagai Ikon Guru 2016.

Majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pagi tadi. – JAUHAR