Mohon Hospital AMANAH Untuk Rakyat Gelang Patah – Dr Zaini

ISKANDAR PUTERI, 13 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr. Zaini Abu Bakar berkata, Parlimen Gelang Patah kini amat memerlukan sebuah hospital bagi memudahkan rakyat di sini mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Jelasnya, buat masa ini hospital Sultanah Aminah adalah hospital yang paling hampir tetapi hospital ini juga merupakan hospital rujukan untuk semua kawasan di Johor. Ini menyebabkan hospital tersebut menanggung beban kerja yang amat tinggi.

4e7db106-72d4-4382-946c-81b09b80165e“Selaku wakil rakyat di parlimen Gelang Patah, suara dan aduan rakyat di sini amatlah saya pentingkan dan kini mereka amat berharap untuk mendapatkan sebuah hospital.

“Oleh itu saya amat berharap agar pihak kementerian kesihatan dapat mendengar suara rakyat negeri ini bagi memastikan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Namun begitu beliau sedar, untuk mewujudkan sebuah hospital bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan ia mengambil masa serta melibatkan kos yang amat tinggi.

Oleh yang demikian, Zaini mencadangkan agar syarikat-syarikat swasta gergasi khususnya di Johor menaja akan pembinaan hospital ini.

“Saya sedar untuk mewujudkan hospital memang memerlukan masa dan kos yang tinggi. Tetapi sekiranya syarikat swasta yang membuat untung berbilion ringgit bergabung tenaga di bawah CSR masing-masing pasti impian ini akan terlaksana.

“Contohnya satu syarikat menderma sebanyak RM20 juta. Jika 10 syarikat sudah mendapat dana sebanyak RM200 juta. Kemudian hospital ini diserahkankan kepada kementerian kesihatan Malaysia sebagai Hospital AMANAH.

“Dengan cara ini sudah pasti Gelang Patah akan mempunyai sebuah hospital yang diimpikan selama ini,” katanya lagi.

Tambha beliau, sementara menunggu kewujudan hospital ini, klinik kesihatan di pekan Gelang Patah haruslah dinaiktaraf kerana ini merupakan satu-satunya klinik kerajaan yang memberikan khidmat kepada masyarakat di sini.

“Sudah pasti beban petugas di klinik ini amatlah tinggi. Oleh itu saya berharap bilangan petugas dapat ditambah selain membesarkan klinik ini,” katanya lagi.