Jangan Politikkan Tragedi Helikopter Terhempas – Anuar Manap

SEKIJANG, 12 Mei – Ahli Parlimen Sekijang Anuar Manap membidas tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab mempolitikkan isu helikopter terhempas di Sarawak yang melibatkan enam orang mangsa termasuk dua pemimpin UMNO.

Jelasnya, kejadian ini adalah sesuatu yang tidak terduga dan ia haruslah dijadikan iktibar namun sayangnya kejadian ini dipermain-mainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga dijadikan modal politik murahan.

5d7e9786-5e50-402d-abe8-efbe8807e543“Apa yang terjadi ini adalah sesuatu perkara yang serius malah ia melibatkan hati dan perasaan keluarga mangsa. Ini bukan soal politik.

“Kita perlu sedar bahawa kejadian tersebut memberi kesan yg mendalam terutama kepada keluarga mangsa tragedi tersebut. Kalaupun mahu bergurau atau mempolitikkan isu, banyak lagi yang boleh dijadikan bahan, tidak perlulah dalam keadaan negara bersedih dengan kejadian ini, ada pula yang mempolitikkan tragedi tersebut seolah-olah menghina mangsa dan ahli keluarga mereka,” tegasnya kepada UMNO-Johor.

Anuar amat berharap agar orang ramai lebih sensitive dan menghormati keluarga mangsa nahas helikopter tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa sedih di atas kehilangan dua orang sahabat dalam dunia politik iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Mengenali Allahyarhamah Dato Noriah, beliau merupakan antara timbalan menteri yang komited dan selalu memberikan kerjasama yang baik terutama apabila diajukan soalan semasa berbahas mahupun secara lisan di parlimen.

“Allahyarham Datuk Khair-il pula mudah didekati, mesra dan selalu memberikan pandangan yang bernas terutama apabila ada isu berkaitan sawit dan MPOB.

“Sepenjang mengenali arwah, saya pernah beberapa kali menelefon beliau bertanyakan tentang beberapa perkara berkaitan MPOB dan beliau memang mudah dan senang untuk membantu dan memberikan jawapan,” katanya mengimbau kenangan bersama arwah Datuk Noriah dan Datuk Wan Khair-il.
Helikopter malang itu membawa enam orang termasuk juruterbang ketika menghadiri program kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini.

Selain membawa Datuk Noriah dan Datuk Wan Khair-il, turut sama adalah Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun serta juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Ketika kejadian, helikopter dari Betong ke Kuching itu djadualkan mendarat di tarmac Hornbill Skyways, Kuching namun dilaporakan hilang dari radar kira-kira jam 5 petang berhampiran kawasan Sebuyau.