Saya Kehilangan Seorang Sahabat Yang Baik & Peramah – Ayub Rahmat

JOHOR BAHRU, 10 Mei – “Saya kehilangan seorang sahabat yang peramah dan baik hati, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad adalah sahabat baik saya sejak kami di zaman Pemuda UMNO lagi, ketika itu Allahyarham ialah EXCO Pemuda manakala saya merupakan ketua Pemuda UMNO negeri Johor,” ujar Datuk Ayub Rahmat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah, Johor.

cb4a6b7f-3d0a-47a0-a4ae-1ce9f4fbcc68Tambahnya, Allahyarham mempunyai  kekentalan dalam perjuangan, memahami erti perjuangan Pemuda dan memahami situasi rakan seperjuangan, beliau sering mempunyai idea-idea menarik khususnya dalam menarik minat anak muda bersama-sama dalam perjuangan Pemuda UMNO ketika itu.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa UMNO dan Negara kehilangan seorang pejuang sejati. Seluruh pelusuk masyarakat bersedih dengan kehilangan saorang pemimpin yang berjiwa rakyat serta disayangi oleh semua kaum.

Kehilangan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta Datuk hajah Noriah Kasnon merupakan kehilangan yang sukar dicari ganti,” ujarnya lagi.

Dalam insiden yang membabitkan pesawat malang baru-baru ini, Allahyarham dilaporkan dalam perjalanan dari Betong ke Kuching pada kira-kira jam 4.12 petang Jumaat sebelum helikopter RPC 6828 yang dinaikinya hilang dari radar 20 minit selepas berlepas.

Selain Allahyarham, turut menaiki helikopter sama ialah Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya,  Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang itu.