Pembangkang Terlupa Kain Sendiri Rabak Tetapi Sibuk Jaga Kain Orang Lain

JOHOR BAHRU, 05 Mei – Satu demi satu fitnah direka pembangkang dengan niat cuba merosakkan imej negeri Johor di mata rakyat. Antara fitnah terbaru rekaan mereka adalah dakwaan kononnya Johor Corporation (JCorp) mengalami kerugian.

5d17debc-5869-4925-baeb-d78b8d222002Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Sahrihan Jani berkata, demi merealisasikan impian mereka untuk merampas pentadbiran negeri Johor maka pembangkang sanggup melaku dan menghalalkan segala cara asalkan hasrat mereka ini terlaksana.

“Kita dapat lihat satu demi satu fitnah yang cuba mereka lemparkan. Mereka ini sebenarnya amat terdesak. Sepatutnya pembangkang tumpukan perhatian kepada masalah dalaman mereka sebelum sibuk mahu merampas Johor.

“Isu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Dap, isu rumah banglo dan Taman Manggis, isu berebut kuasa di PRN Sarawak, semuanya tidak selesai… Tapi sibuk nak tambah negeri.

“Kita di Johor tidak akan mudah terpedaya dengan pembangkang. Adalah lebih baik mereka ini cermin diri sendiri sebelum mahu menjaga tepi kain orang lain,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Baru-baru ini, pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa nisbah hutang atau liabiti semasa berbanding aset semasa Jcorp adalah tinggi mencecah 77 peratus telah mengambarkan ketidakupayaannya membayar hutang.

Selain itu, pembangkang turut mendakwa JCorp kononnya gagal memberi balik pulangan kepada kerajaan negeri mengikut Pekeliling Perbendaharaan.