Helikopter: Mayat Wanita Ditemui, Pencarian Tertumpu Terhadap Lokasi Serpihan

KUCHING, 6 Mei — Mayat seorang wanita ditemui dan pasukan penyelamat mencari helikopter yang hilang itu menumpukan operasi berhampiran  Sungai Batang Lupar, Sebuyau, 220km dari sini.

ad576da4-2e07-48f4-bb2d-50ac333a3c16Mayat wanita itu ditemui berhampiran lokasi serpihan yang dipercayai pesawat malang itu yang dikesan pagi tadi, kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Kuching.

Helikopter berkenaan berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari sini, pada pukul 4.12 petang semalam dan perhubungan terakhir yang dilakukan ialah tiga minit setelah pesawat itu berlepas.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, pengawal trafik udara cuba menghubungi pesawat itu beberapa kali ketika helikopter berkenaan dalam jangkaan tiba di kawasan Semunjan, dari pukul 4.28 petang ke atas, tetapi tiada respons. – Bernama