PRN Sarawak : Hipokrit Pembangkang Terserlah, Bertembung Sesama Sendiri

SEKIJANG, 05 Mei – Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Abd Manap menyifatkan pertembungan sesama sendiri parti pembangkang pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei ini serlah sikap sebenar pembangkang.

Menurut beliau masing-masing sudah pasti tidak akan mengalah meskipun kononnya perkara berkenaan berpaksikan kepada penyelesaian konsensus kepimpinan di peringkat pusat dalam menyelesaikan pengagihan kerusi.

unnamed-1“Pada dan ketika inilah masing-masing dengan pendirian mereka kononnya layak meletakkan calon di kawasan itu dan untuk kawasan ini. Malah masing-masing juga saling menyalahkan antara satu dengan yang lain kononnya tidak menghormati konsensus dan sebagainya lagi.

“Inilah masanya segala ysng terbuku di hati serta yang melekat pada batang tubuh rakan-rakan pembangkang lain akan kelihatan walaupun sebelum ini sudah berkawan sejak sekian lama.

“Namun demi kepentingan dan ghairah berpolitik pada pilihan raya negeri Sarawak khususnya dalam memastikan kerusi yang diidamkan menjadi milik mereka, segala pelukan dan segala pujian sebelum ini bertukar sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan kekecewaan dengan keputusan PKR untuk bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada pilihan raya negeri berkenaan.

DAP dan PKR dilapor akan terus berkempen di enam kerusi yang menyaksikan kedua-dua parti bergelut sesama sendiri, selepas PKR menolak tawaran DAP untuk melepaskan Batu Kitang jika PKR berhenti berkempen di lima kerusi lain.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng yang jelas kecewa dengan perkembangan itu memberitahu wartawan di Kuching, parti itu tidak akan melepaskan Batu Kitang.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar pula turut berkata, beliau tidak mahu lagi mengulas mengenai calon-calon DAP.

Xavier turut membacakan kenyataan akhbar memperincikan sebab-musabab yang kuat untuk partinya meletakkan calon-calon di kerusi Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong, walaupun bertembung dengan DAP.

Anuar seterusnya menegaskan pertembungan sesama sendiri dikalangan parti pembangkang walaupun dalam satu gabungan baru Pakatan Harapan bukanlah perkara baru.

Namun yang peliknya tambah beliau jika benar-benar wujud pertembungan sesama sendiri di dalam antara parti yang bergabung di dalam Pakatan Harapan, jelas dan terbukti gabungan yang diwujudkan menerusi Pakatan Harapan sekadar untuk mengaburi mata rakyat semata-mata.

“Sebelum ini gah dicanang meneri Pakatan Harapan mereka telah bersatu hati menerusi ikatan baru…consensus baru namun apa yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak menyerlahkan segala-galanya.

“Apakah ini yang rakyat ingin harapkan…sesama sendiri pun tidak boleh bersatu dalam soal pengagihan kerusi bagaimana untuk melangkah lebih jauh” katanya.