Daripada Sibuk Nak Rampas Lebih Baik Belajar Cara Tadbir Daripada Negeri Johor – Hahasrin

TENGGARA, 05 Mei – Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata, pembangkang seharusnya belajar daripada kerajaan Negeri Johor bagaimana mahu mentadbir sesebuah negeri daripada sibuk memasang angan-angan mahu menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Unknown-3Jelasnya, sekiranya pembangkang berjaya untuk menyaingi pentadbiran negeri ini yang diketuai oleh Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin barulah mereka boleh bersuara mahu merampas Johor.

“Jika mereka tidak mampu mahu menandingi pentadbiran negeri Johor dan apa yang dilakukan oleh Menteri Besar maka baik mereka lupakan sahaja hasrat mahu tawan negeri ini.

“Pakatan mereka sendiripun tunggang-langgang tapi ada hati mahu menguasai negeri lain. Cabaran yang dibuat oleh Menteri Besar berkaitan harga rumah mampu milikpun mereka tidak mampu sahut jadi bagaimana mereka mahu menggantikan pentadbiran sediada?

“Saya yakin rakyat tidak akan memilih mereka sebagai alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) di negeri ini,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Hahasrin, apa yang berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ketika ini juga boleh dijadikan contoh terbaik untuk menilai pakatan harapan.

Ramai yang telah tahu bahawa ketidaksefahaman dan kecelaruan memang sinonim dengan pakatan harapan dan PRN Sarawak adalah bukti paling relevan.

“Mereka kata mereka sepakat dan bergabung dalam pakatan harapan tetapi mengapa sampai bertembung sesama sendiri? Adakah ini menunjukkan mereka sepakat?

“Bagi saya apa yang terjadi di Sarawak bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan memang telah dijangka. Oleh itu saya pohon agar rakyat Negara ini khususnya di Johor meliaht perkara ini sebagai satu perkara yang perlu difikirkan sebaik-baikknya.

“Adakah parti sebegini yang kita perlukan. Saya tidak fikir rakyat mahukan parti yang sangat longgar untuk memerintah Negara ini,” katanya lagi.