Titah Tuanku Sultan Cadang Tubuh Bank Sendiri Saranan Baik – Syed Sis

JOHOR BAHRU, 25 April – Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan Bank of Johor dilihat sebagai satu cadangan yang baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Yb Datuk Ir Syed SisSyed A. Rahman berkata cadangan daripada Tuanku itu bukanlah perkara dan benda yang baru kerana sebelum ini pernah wujud bank seumpama itu.

d4b78e24-e9a4-4cfb-86c3-b0ea807af557Menurut beliau jika menjadi realiti ianya mampu memberi manfaat kepada rakyat terutama daripada sudut pembiayaan rumah murah serta mampu milik dan sebagianya lagi sepertimana yang terkandung di dalam cadangan terbabit.

“Titah Tuanku Sultan yang mencadangkan penubuhan bank ini supaya pembiayaan khususnya untuk pembiayaan rumah murah dan mampu milik mudah untuk rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapat pembiayaan.

“Selain daripada itu bank ini boleh berperanan seperti biasa untuk simpanan dan juga pelaburan. Ini satu cadangan yang baik daripada Tuanku walaupun ini tidak berapa banyak negeri yang ada bank tetapi ini dah ada contoh seperti Sabah Bank,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah jika cadangan daripada Tuanku itu benar-benar dapat ditubuhkan ianya bakal menempa kejayaan dan mendapat sambutan yang baik.

“Ini bukanlah perkara baru dan saya yakin jika ditubuhkan akan mendapat sambutan baik dan akan menempa kejayaan seabgai sebuah bank yang berwibawa.

“Terpulang kepada kerajaan negeri untuk menimbang perkara ini dan kalau ianya sesuai dan memohon kepada kerajaan pusat. Pada saya ini satu cadangan yang baik,” katanya.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandarr sebelum ini bertitah mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan Bank of Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, bank berkenaan akan memberikan perkhidmatan perbankan kepada rakyat negeri ini bukan sahaja untuk tujuan perumahan atau pembiayaan projek pembangunan tetapi untuk simpanan tabungan dan pelaburan.

“Dengan rizab wang tunai kerajaan negeri mencecah RM3 bilion dan pendapatan kerajaan serta syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang mencecah RM7.5 bilion setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk Bank of Johor ini,” titah baginda merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim.