ADUN Endau Tinjau Pusat Operasi Kebakaran Hutan Simpan Gunung Arong

13094419_1064528163611496_5792048129350830749_n

MERSING, 23 April – ADUN Endau, YB Datuk Haji Abd Latif Bin Haji Bandi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor membuat tinjauan ke Pusat Operasi Kebakaran Hutan Simpan Gunung Arong bagi melihat situasi terkini kebakaran di Hutan Simpan Kekal Gunung Arong. Hasil dari tinjauan mendapati keadaan kebakaran sudah agak terkawal namun langkah berjaga-jaga terus diambil memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan tanah gambut yang mudah merebak terutamanya jika berlaku tiupan angin.