Cabaran Debat Tony Pua : Wira Atau Sekadar “Kambing Hitam” Alihkan Isu Skandal DAP

PASIR GUDANG, 20 April – Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hajah Normala Abd Samad menasihatkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar tidak membuang masa bermain retorik politik untuk berdebat semula dengan Pengerusi 1MDB, Arul Kanda selepas gagal berbuat demikian sebelum ini.

4abeb1e0-8fe6-424f-9fff-fd647625a613Jelasnya berdasarkan tindak tanduk Tony Pua dalam cabaran debat sebelum ini ternyata Ahli Parlimen PJ Utara itu hanya bijak bersandiwara apatah lagi dalam keadaan partinya Dap ketika ini berdepan dengan pelbagai kemelut dan isu.

“Di kala Dap terpalit dengan pelbagai isu skandal terutama yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng , Tony Pua yang juga anggota PAC ini nampaknya seakan cuba mengalihkan isu.

“Umum semua masih ingat betapa Tony Pua seperti lagak ayam jantan mengajak Arul Kanda berdebat dan apabila debat hampir diadakan Tony Pua memberi pelbagai atasan. Malah lebih memalukan apabila timbul cadangan untuk menggantikan dirinya  dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk berdebat dengan Arul Kanda”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Justeru tambahnya tidak perlulah Tony Pua sekali lagi mahu muncul sebagai ‘wira’ kepada Dap ataupun boleh dikatakan sebagai ‘kambing hitam’  dalam menyelamatkan Guan berhubung isu skandal Taman Manggis dan banglo mewahnya yang murah kerana tidak mempunyai kolam renang.

Terdahulu dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sekali lagi mencabar Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat secara langsung di kaca televisyen.

Tony berkata, cabaran itu dibuat, susulan laporan PAC berhubung siasatan ke atas 1MDB yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April lalu. – UMNOOnline