Pemuafakatan Tunjang Kekuatan Parti – Tok Ai

KUALA LUMPUR, 15 April – Ketua UMNO bahagian Labis, Mohd Azahar Ibrahim percaya permuafakatan yang kuat adalah teras kepada keutuhan parti dan seharusnya menjelang sambutan ulangtahun UMNO ke-70 pada tahun ini penekanan ke arah itu perlu dipupuk dikalangan ahli parti.

7069341a-fb8d-41d4-8399-8b26e42522acSehubungan itu Azahar yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Tenang menggesa semua peringkat UMNO di bahagian berkenaan menjadikan muafakat UMNO Johor sebagai medan dan teras bagi ememastikan UMNO bahagian Labis terus mantap dan padu.

“Marilah kita sama-sama ambil semangat sempena umno ke-70 pada tahun ini yang akan disambut pada Mei nanti untuk kita bukan sahaja sama-sama bermuhasabah malah sama-sama beriltizam menguatkan lagi parti di bahagian ini.

“Inilah sahaja yang kita ada kerana kita mahu melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Sama-sama berganding bahu dan kita sama-sama melangkah ke depan dnegan penuh iltizam perkukuhkan parti.

“Hancurnya perpaduan dan terlerainya permuafakatan sesama kita sudah tentu akan memberi kesan kepada parti itu sendiri. Bagaimana kita nak bergerak untuk membantu rakyat jika itu senarionya dan inilah yang kita sama-sama perlu hayati.

“Dan tidak dapat tidak semestinya di peringkat cawangan serta bahagian adalah nadi dan juga akar yang menjaid tunjang kepada parti. Sama-samalah kita jadikan ulangtahun UMNO ke-70 ini untuk kukuhkan lagi institusi kita,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya menambah kejayaan yang dicapai oleh UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) hari ini sudah tentu dicemburui oleh pihak lawan dan bukan perkara pelik pelbagai serangan dilontarkan terhadap parti.

“Hanya dengan permuafakatan dan hanya dengan perpaduan sesama kita segala serangan yang dihalakan itu insya Allah akan dapat dipatahkan dan parti terus bergerak ke depan melaksanakan harapan dan impian rakyat,” katanya.