UMNO Perlu Bijak Urus Persaingan Menjelang Usia 70 Tahun – Jais

KLUANG, 12 April – 11 Mei ini bakal menyaksikan parti keramat UMNO genap usia 70 tahun. Seiring dengan itu, UMNO perlu melakukan pelbagai transformasi bagi terus memperkukuhkan parti ini di hati rakyat supaya UMNO dapat kembali bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Md Jais Sarday, antara perkara yang perlu diberi perhatian khusus adalah bagaimana untuk menguruskan persaingan dan bukan hanya menumpukan kepada pengurusan Negara.

20160126061050-1“Sekarang ini cabaran UMNO bukan sekadar urus Negara tetapi menguruskan persaingan. Persaingan dari segi ekonomi, alam sekitar dan teknologi maklumat.

“Mengapa saya turut menekankan berkaitan alam sekitar? Ini kerana perkara ini bakal menjadi satu perkara penting pada masa akan datang. Dunia semakin maju dan sebahagian besar daripada kemajuan bakal menjejaskan alam sekitar. Sebab itu isu ini tidak boleh dipandang ringan.

“Kita perlu berfkiran di luar kotak. Jangan terus berada di takuk lama. Seiring dengan usia 70 tahun dan dunia semakin maju maka UMNO juga perlu lebih ‘muda’ untuk terus berada di hati rakyat,” katanya kepada UMNO-Johor.

Tambah Jais, selain itu ahli dan pemimpin UMNO juga perlu sedar bahawa dunia politik masa kini tidak stabil maka semua pihak harus berusaha untuk mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO.

“Parti UMNO wajib dilihat sebagai sebuah parti yang boleh mereka percaya dan harapkan pada PRU ke-14. Adakah kita hanya mahu berbangga dngan usia UMNO 70 tahun atau kita mahu melihat ma¬sa hadapan parti UMNO yang lebih baik?

“Sebab itu saya tekankan aspek bagaimana UMNO mahu menguruskan persaingan. Inilah cabaran kita di masa hadapan,” katanya lagi.

Selain itu beliau turut melahirkan harapan agar sayap-sayap UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri terus berusaha gigih dan kreatif dalam menyusun pro¬gram bagi memastikan UMNO terus relevan di jiwa orang muda demi keutuhan parti.

Sayap-sayap UMNO ini juga perlu memainkan peranan penting untuk memenangi jiwa rakyat khususnya anak muda yang sering diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sekarang ini politik kebencian begitu agresif disebarkan terutama melalui laman sosial. Maka di sinilah peranan sayap-sayap UMNO untuk terus kreatif menangani politik kebencian ini.

“Namun saya pasti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pasti mempunyai pendekatan tersendiri mendekati rakyat bagi terus memperkuatkan parti keramat ini,” tambah Jais.