Tidak Perlu Ragui Kepimpinan Kerajaan Negeri Dan UMNO Johor

JOHOR BAHRU, 8 April – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata mana-mana pihak tidak perlu meragui kepimpinan negeri itu dibawah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebaliknya bersolidariti bersama kepimpinan yang ada dalam usaha melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

c4398155-a50c-4f30-b8db-f062428714b9Menurut beliau dalam keadaan hari ini Datuk Seri Khaled telah merangka dan melaksanakan cara yang tersendiri dalam menerajui negeri dan hasilnya dinikmati rakyat hari ini.

“Usah ragui kepimpinan Negeri Johor..sedang YAB Menteri Besar merangka dan melaksanakan kepimpinan cara Johor yg tidak boleh disanggah oleh pembangkang dan di kala rakyat baru mula menikmati hasil nya tiada sebab kepimpinan yg mendapat restu dan sokongan 26 UMNO bahagian ini di pertikaikan.

“Meskipun apa yg berlaku hanya andaian. . Ia mengukuhkan lagi solidariti serta sokongan rakyat terhadap YAB Menteri Besar…kami bangga dengan Cara Johor nya,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya menyeru agar seluruh kepimpinan bersatu mempertahankan muafakat UMNO Johor agar parti terus utuh dan kukuh.

“Di sinilah kita perlu sama-sama memperlihatkan solidariti terhadap kepimpinan parti dalam usaha merealisasikan segala perancangan dan pelaksanaan berjalan lancar,” katanya.