Wanita UMNO Johor Tolak Gerakan Jatuhkan Khaled Nordin

KLUANG, 7 April – Pergerakan Wanita UMNO Johor hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan adanya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

7feeddfd-a11e-453c-9265-0170c42a90b1Ketuanya, Dato’ Sharifah Azizah Syed Zain berkata, seluruh kepimpinan Wanita UMNO Johor berdiri teguh di belakang  YAB MB Johor yang dilihat bukan sahaja sebagai MB yang berjaya membawa perubahan dan kemajuan dalam pentadbiran maupun pengurusan kerajaan negeri yang merangkumi pelbagai   aspek demi kepentingan rakyat dan bangsa Johor

“YAB MB Johor  juga telah berjaya membawa  perpaduan dan permuafakatan di kalangan pimpinan UMNO pelbagai lapisan dan peringkat.

Tidak perlulah kita melayan isu-isu yang boleh  melemahkan jentera dan parti, saya menyeru seluruh ahli Wanita UMNO pelbagai peringkat terus bekerja keras membantu YAB MB Johor dalam menangani permasalahan dan menjaga kebajikan rakyat seterusnya memastikan pengukuhan parti dipertahankan demi mencapai kemenangan PRU 14,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Beliau menambah, janganlah usaha yang telah dijalankan oleh YAB MB Johor menjadi sia-sia kerana fitnah seperti ini.

Johor dengan cara dan acuan tersendiri pastinya memerlukan lebih banyak sentuhan ajaib dan magik daripada YAB MB Johor bagi melakar kejayaan bangsa Johor kini dan masa hadapan. Rekod cemerlang ditunjukkan YAB MB Johor selama ini menjadikan tiada sebab untuk beliau digantikan dengan orang lain.

“Saya juga menyeru supaya semua rakyat menolak dgn sekeras-kerasnya adu domba yang cuba dikaitkan di antara YAB MB Johor dgn YAB Perdana Menteri.

Saya amat yakin jalinan persahabatan dan keakraban YAB MB Johor dengan YAB Perdana Menteri amat erat malahan hala tuju kepimpinan YAB MB Johor hari ini seiring dengan pendekatan yang dibuat oleh kerajaan pusat.

Wanita sebagai tulang belakang parti akan teruskan perjuangan demi masa depan negara dan jauhi sikap bersaing sesama sendiri di dalam parti,” ujarnya lagi.