NGO Berperanan Penting Bantu Kerajaan Negeri

JOHOR BAHRU, 7 April – Kerajaan Negeri tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan daripada pelbagai persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menterjemahkan setiap dasar kerajaan agar turut dirasai rakyat.

Exco-NGOPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, NGO adalah wakil kepada setiap masyarakat dan kerajaan amat menghargai penglibatan mereka dalam setiap pelaksanaan dasar kerajaan.

“NGO hari ini bukan sahaja perlu menggerakkan persatuan mereka malah mereka mempunyai tanggungjawab membantu Kerajaan Negeri dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Ini termasuk pelbagai agenda yang direncanakan seperti Johor Berkemajuan, selain pelbagai bantuan yang disediakan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan NGO Negeri Johor di Dewan Konvensyen LC Catering, di sini, pada Selasa.

Bantuan keseluruhan berjumlah RM352,000 itu disampaikan kepada sembilan NGO termasuk Persatuan Veteran ATM, Jawatankuasa Tadbir Surau Ubudiah Muar, Badan Kebajikan Kampung Permatang Pasir dan Badan Agama Islam Khairat Kematian.

Menerusi bantuan berkenaan, ia diharap dapat membantu NGO terlibat dalam melaksanakan pelbagai akitiviti bersama masyarakat, selain menjaga kebajikan ahli. – Jauhar