Komplot Guling MB Johor Tak Sepatutnya Berlaku – Hisham

KUALA LUMPUR, 7 April – Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan dakwaan komplot gulingkan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin tidak sepatutnya berlaku.

c11b4bec-547f-4468-8927-27fa46c27dc5“Perkara ini tidak sepatutnya jadi isu kerana kepimpinan Dato’ Khaled Nordin di peringkat kerajaan negeri dan di peringkat Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional negeri cukup baik dan membanggakan.

Jadi kalau ada mana-mana pihak yang cuba menidakkan atau memperlekehkan Johor atau kepimpinan Johor, saya nak nyatakan bahawa mereka tidak ada asas dan ia membazirkan masa sahaja.

Saya secara peribadi memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Dato Seri Khalid,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong.

Dalam masa yang saya, beliau tidak mengetahui  mengenai isu gerakan di ‘influence’ oleh seorang Timbalan Menteri dari UMNO Johor.

“Saya tidak tahu apa butiran atau siapa, tetapi cukup-cukuplah kerana pemimpin-pemimpin tertinggi negeri Johor telahpun membuat kenyataan dan hari ini saya sebagai Naib Presiden dari Johor yang mengenali Dato’ Khaled secara dekat mengatakan bahawa isu ini tidak seharusnya timbul.

Jika ini merupakan pendirian kita, saya tidak tahu siapa dari Johor yang boleh menidakkan suara-suara pemimpin Johor yang memegang jawatan di peringkat tertinggi parti dan peringkat tertinggi kerajaan” ujarnya lagi.