Karnival Sukan UMNO Platform Perkukuh Hubungan & Semangat Setiakawan – Hahasrin

TENGGARA, 6 April – Karnival Sukan UMNO yang sedang diadakan di seluruh negara kini adalah program yang dicetuskan oleh Ibu Pejabat UMNO pusat yang dilihat sebagai satu platform yang terbaik dalam usaha memperkukuhkan hubungan serta semangat setiakawan dikalangan kepimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim turut menjelaskan, program ini juga digunakan sebagai medium untuk mendekat serta merapatkan lagi UMNO dengan masyarakat setempat.

552e0ea9-8f10-4089-929e-fccfbaf87bec“Bersukan ini medium perpaduan, menarik minat golongan muda untuk mendekati UMNO melalui aktiviti sukan.

Dalam masa yang sama, program sukan yang sedang diadakan bukan sahaja di seluruh negeri Johor, malah di seluruh Negara sejak Mac lalu juga dijadikan medan pemilihan peserta kontinjen UMNO negeri Johor ke Karnival Sukan UMNO di peringkat pusat,” ujarnya selepas merasmikan Perasmian Penutup Karnival Sukan UMNO Peringkat Bahagian Tenggara baru-baru ini.

Tambahnya, program sebegini juga mampu merapatkan serta memperkukuhkan ukhuwah antara ahli-ahli UMNO khususnya ahli Pemuda di semua peringkat.

“Gunakan peluang ini sebaiknya sebagai satu langkah yang efektif bagi mempromosikan UMNO kepada masyarakat umum khususnya golongan muda dan belia menyertai UMNO.

Ia juga sebenarnya peluang untuk kita menerapkan semangat berpasukan dan kerjasama yang tinggi menjadi sebagai motivasi dalam melaksanakan gerakan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.

Sehubungan dengan itu, Karnival Sukan UMNO ini juga harus dijadikan medan mempergiatkan usaha meningkatkan pendaftaran keahlian UMNO dan bilangan daftar pemilih sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 14.