Strategi Penting Untuk Menang PRU14 – Hamim

JOHOR BAHRU, 5 April – Jentera yang banyak dan ahli yang ramai bukanlah jaminan untuk memastikan UMNO akan terus kukuh dan tidak menjamin kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

6e2a46a6-d402-42e6-bc96-4a6e134609e2Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Hamim Samuri menjelaskan, bahawa komitmen semua pihak, solidarity bersama ahli-ahli UMNO sendiri serta kompenan BN yang lain selain semangat yang jitu amat perlu lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan persepsi yang bukan-bukan terhadap kepimpinan parti dan Negara.

“Selain itu, kita juga harus mempunyai strategi yang jelas, ada teknik untuk berhadapan dengan setiap cabaran yang datang, lebih-lebih lagi untuk kita berhadapan dengan Pilihan Raya.

Seperti yang saya cakap tadi, jumlah ahli dan jumlah jentera yang ramai dan walaupun mempunyai semangat yang tinggi, namun jika tidak ada strategi, teknik dan taktik yang betul, kita sukar untuk menang dalam PRU yang akan datang,” tambahnya.

Namun beliau yakin apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri mengatakan bahawa pilihanraya ialah ‘just a game of numbers’.

“Bila beliau sebut bahawa pilihanraya adalah permainan angka, itu adalah tanda dari PM bahawa kita perlu ada strategi, yang boleh memenangi pengundi, bagaimana kita boleh mengeluarkan pengundi dan bagaimana mereka boleh keluar mengundi BN nanti.

Inilah sebenarnya cabaran kepada UMNO walaupun kita berdepan dengan persepsi dan situasi yang kritikal, namun jika kita ada strategi yang betul, insya-Allah kita akan menang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ledang.