Bangsa Johor Harus Jadikan Iktibar Kegagalan Pentadbiran DAP Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 3 April – Bukan satu rahsia lagi, DAP mengidamkan mahu berkuasa di Johor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, namun rakyat Johor perlu bersatu dan terus menolak kepimpinan DAP dalam merealisasikan impian mereka.

unnamed-1Ahli Parlimen Sekijang, Annuar Abd Manap mengajak rakyat Johor untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh terbaik sebelum mereka berfikir untuk memilih DAP pada PRU akan datang.

“Kita sudah lihat bagaimana Dap memerintah Pulau Pinang dan ternyata mereka tidak mampu menandingi kepimpinan Barisan Nasional (BN). Maka pada PRU nanti, kita perlu terus memberikan mandat kepada BN sebagai peneraju di negeri Johor ini.

“Jangan hanya kerana sedikit masalah yang melanda BN kita mahu menukar kerajaan… Kita juga jangan sesekali terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang hanya mahu menangguk di air keruh untuk mengelirukan rakyat,” ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang.

Tambahnya, lihat sahaja pentadbiran DAP Pulau Pinang baru-baru ini yang mengklasifikasikan harga RM400 ribu sebagai rumah mampu milik di negeri tersebut.

Jelasnya, kerana tafsiran itulah ramai orang Pulau Pinang terutama Bumiputera terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk membeli rumah.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan Pulau Pinang pimpinan Dap bandingkan harga rumah mampu milik yang dibuat oleh kerajaan pusat.

“Kalau harga RM400 ribu dikatakan rumah mampu milik maka bagi saya itu adalah rumah RMT iaitu rumah mampu tengok. Mana mungkin harga yang begitu tinggi dikatakan rumah mampu milik.

“Hendak buat pinjaman perumahanpun sudah pasti awal-awal kena tolak. Saya nasihatkan kerajaan Pulau Pinang buat kajian terlebih dahulu, bandingkan harga rumah mampu milik yang dibuat oleh kerajaan pusat dengan harga yang mereka tawarkan.

“Dengan harga yang ditawarkan oleh kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang maka siapakah sebenarnya yang lebih membela nasib rakyat. Maka Bangsa Johor harus mengambil ini sebagai iktibar dan jangan sesekali membenarkan DAP untuk bertapak di Johor,” ujarnya kepada UMNO-Johor.