Wanita UMNO Tanjung Piai Bersemangat Siap Siaga Hadapi PRU14

TANJONG PIAI, 2 April – Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tanjong Piai telah menggerakkan gerakkerja Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian di peringkat PDM bagi memastikan agen Jalinan Rakyat lebih mantap dan bersiap sedia awal dalam menghadapi PRU 14.

Unknown-5Ketuanya, Zarina Mohammed Bain berkata, program-program Wanita UMNO bahagian  dilaksanakan dan dirancang di peringkat PDM, setiap Pengerusi PDM yang dilantik di peringkat Wanita UMNO bahagian akan melaksanakan program yang dirancang denngan kerjasama ketua-ketua wanita cawangan yang ada di dalam PDM tersebut.

“Setiap Ketua Wanita Cawangan yang terlibat  akan melantik  agen Jalinan Rakyat bagi setiap cawangan bagi membantu mereka dalam gerakkerja tersebut. Manakala ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian akan mengadakan perjumpaan bersama agen agen Jalinan Rakyat peringkat cawangan setiap seminggu sekali bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan gerakkerja mereka,” ujarnya.

Selain itu, satu jawatankuasa Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga telah diwujudkan dan melibatkan Wanita MCA bagi membolehkan mereka sama – sama dalam gerakkerja Wanita UMNO untuk berusaha menawan kembali kerusi Dun Pekan Nenas.

“Pada peringkat awal ini kita akan bekerjasama dalam perlaksanaan program dan seterusnya kami akan sama-sama menjalankan gerakkerja Jalinan Rakyat. Semoga dengan kerjasama ini kita berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di Pekan Nenas,” ujarnya lagi.