Bantuan PIJ Bela Dan Perkasakan Usahawan Belia

KULAI, 31 Mac – Fokus Johor terhadap proses penghakupayaan belia di Johor amat jelas dengan tindakan-tindakan konstruktif yang dilaksanakan. Selepas penubuhan JOYDEC (Johor Youth Development Centre) dan meletak hal ehwal pembangunan belia di bawah Pejabat Menteri Besar dengan pemantauan mesra oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor , Dato’ Zulkurnain Hj Kamisan, ujar Mohd Nor Nari , Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Kulai.

028df4ee-8ed6-47e8-bee8-fb1242a02b0aTambahnya, kini ditambah dengan bantuan terus yang disalurkan untuk program kepada semua NGO belia (Islam) di Johor yang diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor. Bantuan seperti Bantuan Usahawan Belia amat memberi manfaat kepada usahawan golongan muda yang baru memulakan perniagaan.

Beliau mengakui bantuan tersebut tidak secara menyeluruh, tetapi iltizam ini dengan segala kesukaran tetap dizahir oleh kerajaan negeri Johor untuk membela dan memperkasa belia. Ianya amat membantu bagi belia islam yang menceburi bidang keusahawanan khususnya.

“Kami belia di dalam daerah Kulai amat menyambut baik bantuan yang diberikan ini. Bagi memastikan maklumat bantuan PIJ ini diketahui umum khususnya golongan belia , kami akan menyampaikan program yang baik ini melalui media sosial kerana inilah cara paling berkesan untuk golongan muda masa kini.

“Saya juga berharap dengan inisiatif ini sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasioanl akan meningkat terutamanya dari golongan belia. Sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia, saya merakam ucapan berterima kasih sekalung budi kepada Kerajaan BN Johor yang peka dan cakna dengan kehendak orang muda ini,” tambah beliau lagi yang juga EXCO Majlis Belia Malaysia.