Puteri UMNO Kota Tinggi Akan Anjur Bengkel Seni Fotografi Smartphone – Aziah

 

KOTA TINGGI, 27 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi akan menganjurkan Bengkel Seni Fotografi Smartphone pada 3 April ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik-teknik mengambil gambar dengan cara yang betul walaupun dengan hanya menggunakan smartphone mereka.

12472757_1150016438363065_2988560590075112325_nKetuanya, Aziah Atan berkata, bengkel ini akan bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari bertempat di Mini RTC Tanjung Sedili , Kota Tinggi.

“Selain memberikan pendedahan mengenai teknik gambar terbaik menggunakan smartphone mereka, kita juga ingin memberi peluang kepada para peserta khususnya usahawan muda yang menyertai bengkel ini dapat mempelajari teknik mengambil gambar produk mereka untuk dipamerkan di laman media sosial bagi menarik lebih ramai pelanggan,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Puteri UMNO bahagian Kota Tinggi mengalu-alukan penyertaan daripada golongan belia, pengundi muda dan juga usahawan muda yang berada di sekitar Kota Tinggi.

“Yuran penyertaan hanya RM15.00 dan sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan bengkel tersebut,” ujarnya lagi.