Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor Sehingga 100 Peratus

JOHOR BAHRU, 23 Mac – Bank Rakyat dan Yayasan Sultan Ibrahim hari ini menjalinkan kerjasama strategik pembiayaan rumah mampu milik yang menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus.

Pengerusi Bank Rakyat, Jen (B) Tan Sri  Abdul Aziz Zainal berkata, Bank Rakyat akan memperuntukkan RM500 juta bagi pembiayaan 6,000 rumah mampu milik di Johor pada kadar yang kompetetif dan menarik bagi golongan berpendapatan rendah.

1235396_10153731274618173_1686136423500366842_n“Melalui skim pinjaman itu mereka yang layak hanya perlu membayar deposit pembelian serendah RM1 bagi tempahan rumah mampu milik.

Tambahnya, kelayakkan bagi mendapatkan skim pembiayaan itu akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pelancaran Model Menara Bank Rakyat Johor yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, serta Speaker Dewan Negeri, Tan Sri Mohamad Aziz.

Berkenaan bangunan itu, beliau berkata, ia dibina dengan kos RM460 juta di Jalan Trus dan dijangka siap pada 2019.

“Bangunan pejabat setinggi 37 tingkat dengan keluasan 550,000 kaki persegi itu apabila siap kelak dijangka mampu menarik pelabur asing untuk menjalankan perniagaan terutamanya pelabur dari negara luar seperti China dan Singapura,” katanya.