Pakatan Baru Pas Tidak Menggugat Selagi BN Beri Perkhidmatan Terbaik- Zaiton

MUAR, 21 Mac – Apa pun usaha dan gerakan yang dibuat oleh pakatan pembangkang untuk menggugat sokongan rakyat kepada UMNO dan BN, akan tetap menemui jalan buntu jika pemimpin lebih-lebih lagi wakil rakyat BN sentiasa menjalankan tanggungjawabnya berkhidmat untuk rakyat, ujar YB Zaiton Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Balang, Muar.

Ujarnya, pembangkang akan tetap berusaha dan bekerja keras termasuk menggunakan media pro-pembangkang serta pendekatan fitnah berterusan terhadap pemimpin UMNO dan BN, malah menggunakan bekas pemimpin UMNO sendiri seperti Tun Dr Mahathir namum kita jangan cepat melatah melayan provokasi mereka tersebut.

20160320074208”Apa pun mereka buat semata-mata untuk menggugat sokongan pengundi dan rakyat terhadap UMNO dan BN, itu jelas tapi jika kehendak dan permasalahan yang dihadapi rakyat, kita selami dan cuba menyelesaikannya, saya percaya sokongan rakyat akan berterusan kepada UMNO dan BN,” ujarnya yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian  Muar.

Beliau juga menyeru agar jentera parti  memperkuatkan barisan dan gerakkerja seterusnya memberi sokongan dan dokongan terhadap kepimpinan sedia ada.

Ini tidaklah bermakna kita tidak menghormati dan mengenang jasa Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO tetapi mengekalkan kerajaan sedia ada lebih penting daripada bersikap taksub kepada pemimpin.

“Kita sentiasa menghargai jasa kepimpinan terdahulu. Malangnya kerjasama beliau bersama parti pembangkang terutama DAP baru-baru ini sangat mengecewakan kita sebagai penyokong dan pendokong parti. Walaubagaimanapun deklarasi pembangkang bersama Tun Mahathir atau pun pakatan baru yang dibawa Pas tidak akan melemahkan UMNO”

“Saya sendiri akan terus berkhidmat menjaga kesejahteraan dan kebajikan pengundi serta masyarakat Sg Balang tanpa mengira fahaman politik mereka. Saya yakin dengan cara ini sahaja mereka akan memberikan sokongan kepada kita,” ujarnya lagi.

Beliau akan turut memastikan di setiap program mahupun bantuan yang disalurkan, semua yang layak dan berhak akan dibantu tanpa mempersoalkan fahaman politik mereka kerana baginya, inilah cara memupuk keyakinan rakyat untuk terus menyokong dan mengundi Barisan Nasional.

“Saya sentiasa mengingatkan pengundi bahawa pakatan pembangkang tidak pernah menjaga kesejahteraan dan kebajikan mereka. Saya berharap pengundi akan memberi pertimbangan yang sewajanya ketika mengundi kelak,” tambahnya.