Piala FA: JDT Menang Tipis Ke Atas PDRM

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila menumpaskan Polis Diraja Malaysia ketika PKNS menang besar di tempat lawan manakala Perak hanya menang tipis di Ipoh dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA semalam.

JDT bagaimanapun memerlukan sepakan penalti Juan Martin Lucero pada minit ke-19 untuk menjaringkan gol namun sudah cukup untuk mereka menumpaskan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai bekalan apabila bertemu dalam perlawanan kedua pada 2 April nanti.