Ibu EXCO Johor Meninggal Dunia

MERSING, 20 Mac – Ibu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abdul Latif Bandi, meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Johor Baharu petang semalam.

20160319184932Aminah Wok, 73, meninggal dunia pada 6.15 petang akibat komplikasi buah pinggang serta jantung dan telah menjalani rawatan di hospital itu lebih dari sebulan.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 28 cucu dan lapan cicit, menurut Pegawai Khas Anggota Dewan Undangan Negeri Endau itu, Abd Rahim Ali.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarganya, akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Pengkalan Batu, di sini, malam tadi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Jalan Jemaluang, di sini, pada 10 pagi ini.