Shahrir umum tidak pertahan kerusi Parlimen Johor Bahru

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi disandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berusia 67 tahun itu berkata, beliau mahu memberi peluang kepada muka baharu dan muda.

“Saya sentiasa memberitahu sesiapa supaya mempercayai golongan muda. Jika kita tidak boleh mengotakannya, apa guna bercakap.

“Saya tidak boleh menjadi seperti Lim Kit Siang (Penasihat DAP),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, baru-baru ini.

Shahrir berkata, beliau mempunyai rekod yang baik kerana bekas setiausaha politiknya kini adalah Menteri Besar Johor, (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin).

Ditanya sama ada beliau akan terus dicalonkan pada PRU-14, Shahrir berkata: “Saya harap tidak.”

Beliau mengakui mempunyai perkara lain yang perlu dilakukan selain berpolitik.

Bagi kerusi DUN Tanjung Puteri pula, calon BN Datuk Adam Sumiru menewaskan P. Subramaniam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan kelebihan 13,740 undi, manakala Mok Chek Hou pula mengatasi calon DAP dan PRM dalam pertembungan tiga penjuru dengan majoriti 6,181 undi.

Sementara itu Ketua Pegawai Pilihan Raya BN Johor Bahru, Abu Talib Alias berkata, jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Johor Baharu setakat 31 Disember 2012 ialah sebanyak 97,000, iaitu bertambah 8,000 berbanding 2008.

Pengundi kaum Melayu kekal majoriti dengan 51 peratus, diikuti Cina 43 peratus dan selebihnya pengundi kaum India dan lain-lain kaum.