Lawatan Ke Projek Perumahan Harga Murah Sederhana Taman Mount Austin

12832315_1034999699897676_1980773299013250234_n

JOHOR BAHRU, 15 Mac – EXCO Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri JOhor, Datuk Hj Abd Latif Bandi memuat lawatan tapak projek perumahan bermasalah di rumah pangsa harga murah sederhana Taman Mount Austin yang dibangunkan oleh Kong Sun Enterprise Sdn Bhd. Sebelum ini hanya terdapat 1 blok sahaja yang siap dibina dan berpenghuni iaitu di blok 10.Namun hasil pemantauan berterusan kerajaan negeri, tahun ini terdapat 2 blok telah siap dibina iaitu blok 8 sebanyak 92 unit dan blok 9 sebanyak 73 unit .