BNYV Anjurkan ‘School Of Politics’ Bermula April Ini

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Sukarelawan Pemuda BN atau lebih dikenali sebagai BNYV telah bergerak aktif menjalankan aktiviti kesukarelawanan berteraskan gerak kerja jentera politik dan pemerkasaan belia sejak 2012 di bawah Pemuda BN bersama YB Khairy Jamaluddin.

20160314185327Pengarahnya, Akmal Saufi Mohamed Khaled berkata, bagi meneruskan iltizam dan prinsip yang sama, kini BNYV membawa satu platform baru bernama ‘School Of Politics’.

“Program ‘School Of Politics’ ini akan menyediakan bengkel pemahaman falsafah politik, kajian komparatif, sumbangan politik dan latihan gerakan politik melalui beberapa modul yang padat dan efektif kepada anak muda 18-30 tahun di 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia (Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang). bermula April ini’

“Sumbangan dan konsep politik BN telah banyak menyumbang dan mentransformasikan negara ini dari sebuah negara pertanian kepada pemain global yang dihormati di pelbagai bidang. Adalah penting kesinambungan khidmat itu ada melalui penyediaan generasi baru menghadapi cabaran semasa tanpa lupa akan asal usul dan ideologi BN”, ujar Akmal Saufi.

Ahli politik terkemuka turut akan hadir memberi perkongsian ilmu dan pengalaman politik,” katanya lagi dalam mengulas mengenai program ini.

Untuk mendaftarkan diri, sila hubungi wakil sekolah mengikut negeri masing-masing:
1. Kuala Lumpur: Natassia Roslan, +60126674966/Anrania, +60133094630
2. Selangor: Asyraf Adlan, +60122789500
3. Johor: Ahmad Solehin, +60146119695/ Fairuz, +601126654542
4. Perak: Noradilla Hatta, +60135964601/Wahida Bakiri, +60183807950
5. Pulau Pinang: Wafi, +60189044865/Hanafi, +60177908987
6. Kedah: Nur Adila Fadzil, +60147406689
7. Kelantan: Ikmal Hazlan, +60196079927
8. Terengganu: Nasiruddin, +60173659792
9. Pahang: Firdaus Samad, +60195507709

“Sebagai alternatif, mereka yang berminat juga boleh mendaftar terus di http://bit.ly/1WbIkwU serta dapatkan maklumat terkini di Instagram dan Twitter BNYV di @BNYVMY untuk maklumat terkini mengenai `BNYV: School of Politics’ ujarnya lagi.