Tun M Sanggup Langgar Prinsip Perjuangan Demi Agenda Peribadi

PASIR GUDANG, 8 Mac – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad menyelar tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang sanggup melanggar prinsip perjuangan semata-mata untuk mencapai agenda peribadi.

Ujarnya, tindakan Tun Mahathir itu benar-benar mengecewakan semua ahli UMNO khususnya golongan muda yang sentiasa menjadikan beliau sebagai idola.

unnamed-1“Tindakan Tun Mahathir yang sanggup berkerjasama dengan pembangkang akan membuatkan golongan muda keliru sekaligus menjauhkan golongan atas pagar terhadap UMNO. Ini adalah satu tindakan yang salah.

“Adakah beliau tidak memikirkan impak kepada tindakannya ini. Sebagai seorang bekas perdana menteri yang memerintah Negara ini selama 22 tahun, seharusnya beliau tahu apa agenda pembangkang khususnya Dap.

“Kini Tun Mahathir pula menyambut tangan Dap yang terang-terangan hanya mampu mempergunakan nama beliau sebagai batu loncatan bagi meraih perhatian rakyat. Saya yakin, jika pembangkang berjaya, Tun Mahathir akan dicampak seperti kain buruk yang tidak berguna lagi,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Normala, Negara ini adalah sebuah Negara berpelembagaan maka tindakan menjatuhkan kerajaan secara kotor ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak beretika.

“Tun Mahathir sebenarnya merosakkan kredibiliti dirinya sendiri. Semasa zaman pemerintahan beliau, semua ahli bergabung dan mempertahankan dirinya bila pembangkang terus menerus mengggasak dan menggelar beliau dengan berbagai panggilan nama.

“Tun Mahathir tidak akan mampu untuk bertahan lama sekiranya tanpa sokongan ahli. Kini, semua ahli perlu bersatu pula untuk mempertahankan pemimpin sediada.

“Apa yang boleh saya katakana secara peribadi adalah, saya amat kecewa dengan tindakan Tun Mahathir ini,” katanya lagi.