Kenal Pasti Ahli UMNO Melepasi Usia 21 Tahun Telah Bergelar Pengundi- Adam Sumiru

JOHOR BAHRU, 06 Mac – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, YB Datuk Adam Sumiru berkata, semua jentera parti perlu mengenal pasti ahli yang melepasi usia 21 tahun untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Jelasnya, inilah perkara yang amat penting bagi memastikan UMNO akan terus bertapak dengan gah di bumi Johor.

20160305185443Selain itu ujar Adam, jentera parti dan sayap-sayap pelru mendekati pengundi dan memberikan kefahaman khususnya kepada pengundi muda mengapa mereka perlu memilih UMNO.

“Mereka perlu pilih UMNO bukan sebab sejarah telah menentukan tetapi ia adalah kerana masa hadapan anak cucu kita akan datang.

“Zaman dahulu datuk nenek kita tidak berpelajaran tetapi sentiasa berusaha bagi memastikan anak-anak dan cucu-cicit mendapat pendidikan yang tinggi. Tapi sekarang kita pula mahu anak cucu-cicit kita yang belajar di universiti atau tidak menentang kerajaan.

“Perkara ini sudah terbalik. Inilah aspek yang perlu kita fahamkan kepada golongan muda. Bila orang muda faham maka kerisauan itu akan dapat dikurangkan,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Adam, walaupun terdapat compang-camping di dalam pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi hanya parti inilah yang sentiasa membela nasib rakyat. Semua kepimpinan parti berusaha keras bagi memastikan rakyat dan Negara terbela.

“Kita tidak janjikan bulan dan bintang. Kita tidak mungkin janjikan apa yang kita tahu kita tidak boleh buat tapi selagi boleh kita akan usahakan yang terbaik untuk rakyat. Tidak mungkin pemimpin kita mahu melihat rakyat hidup susah.

“Oleh itu rakyat khususnya di Johor jangan muda terpengaruh dengan agenda mereka yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya mahu melihat UMNO rebah. Bila UMNO rebah maka mereka akan dapat berkuasa.

“Sebab itu mereka berusaha keras untuk menakluki negeri Johor kerana mereka tahu disinilah kekuatan UMNO. Maka itu, kita di Johor perlu lebih berusaha keras untuk memastikan agenda jahat mereka ini tidak akan tercapai,” katanya lagi.