JDT Terima RM1Juta Kerana Muncul Juara Piala AFC 2015

ISKANDAR PUTERI, 6 Mac — Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim
(JDT) mendapat suntikan RM1 juta daripada kerajaan pusat atas kejayaannya meraih
kejuaraan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015.
12806250_587978791365424_7166598624574745825_n

JDT muncul kelab pertama Malaysia dan juga pertama di Asia Tenggara meraih piala itu setelah mengalahkan kelab Tajikistan, FC Istiklol, 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Central Republican Dushanbe, Tajikistan, Oktober lepas.

Dengan sumbangan itu, ia diharap dapat membantu program pembangunan bola sepak negeri Johor.

Sumbangan berbentuk cek daripada kerajaan pusat itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim di majlis perasmian projek hartanah Forest City dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah melancarkan projek hartanah tersebut.