Skim Pinjaman Kitab Diperluaskan, Yuran Sekolah Agama Johor Tidak Dinaikkan – Abdul Mutalip

JOHOR BAHRU, 4 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Hj Abdul Mutalip Hj Abdul Rahim berkata pelajar sekolah agama negeri itu mendapat manfaat yang cukup besar apabila bukan sahaja yuran sekolah agama tidak dinaikkan malah skim pinjaman kitab diperluaskan.

12814263_1763828137183228_5190233261027781386_nMenurut beliau skim pinjaman kita contohnya sebelum ini terhad kepada mereka yang dikategorikan dalam golongan susah dan sebagainya namun bermula pada 2015 ianya diperluaskan secara menyeluruh.

“Saya fokuskan iaitu pengislahan pendidikan sekolah agama kerajaan negeri Johor di mana penambahbaikan yang kita berikan lebih fokus kepada bantuan-bantuan seperti skim pinjaman kitab. Skim ini dulunya dah ada dalam bentuk waqaf dan hanya mereka yang dikategorikan susah layak memerimanya.

“Tetapi bermula pada 2015 kita memperluaskan skim pinjaman kitab ini dengan menyeluruh. Maknanya semua dapat dan kita bermula dengan tahun satu dua dan tiga.

“Dan insya Allah pada 2017 ini setelah kajian dibuat untuk tahap kedua darjah 4,5 dan 6 untuk kita perkenalkan smeula kitab-kitab lama yang diperkenalkan di sekolah agama negeri Johor seperti Matlain Badrin, kitab tauhid dan juga mustika hadis dan lain-lain lagi.

“Kita akan gunakan semula dan akan dicetak dan digunakan sekitar tahun 2017 dan itu juga akan kita berikan secara percuma kepada pelajar agama seluruh negeri Johor,” katanya kepada UMNO-Johor.

Beliau seterusnya berharap dengan pendekatan sebegitu yang diambil oleh kerajaan negeri ibu bapa sewajarnya mengambil kesempatan dengan apa yang telah dilaksanakan itu.

“Selain daripada itu anak-anak mereka yang susah daripada segi pembayaran yuran pun masih lagi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bantu untuk bayarkan yuran sekolah , bantuan basikal dan sebagainya lagi. Bagi yang tidak layak untuk skim pinjaman kitab ianya adalah menyeluruh.

“Malah buat masa ini saya ingin maklumkan yuran sekolah agama negeri johor tidak akan dinaikkan,” ujarnya.