Komitmen Kerajaan Negeri Terhadap PAWE Dialu-Alukan – Hjh Asiah

JOHOR BAHRU, 3 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama YB Hjh Asiah Md Ariff melihat peruntukan yang diluluskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) menunjukkan komitmen yang berterusan kerajaan negeri terhadap golongan berkenaan.

12801117_1112092108821731_239476520070188805_nMenurut beliau dengan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk menaiktaraf PAWEI di dua kawasan iaitu Pontian dan Kota Tinggi ianya akan memberi banyak manfaat kepada pusat tersebut dalam menjayakan matlamatnya.

“Saya mengabil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meluluskan peruntukan berkenaan untuk naik taraf dua lagi PAWEI di Pontian dan juga Kota Tinggi.

“PAWEI kita himpunkan warga emas dan disitu mereka boleh jalankan aktiviti mereka dan Johor merupakan negeri pertama yang memberikan bantuan kepada penubuhan PAWEI ini,“ katanya kepada UMNO-Johor.

Kata beliau usaha berkenaan sebenarnya amat bertepatan kerana negara kita akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 kelak.

“Negara akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 kerana warga emas yang berusia lebih 60 tahun telah pun mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. Begitu juga di Johor ini.

“Dan setakat ini kita ada 6 buah PAWEI di Johor dan ditambah dua lagi bagi tahun 2016 menjadikan keseluruhannya ada lapan buah. Ini amat kita alu-alukan,“ katanya.