Mat Sabu Jangan Pelik Dengan Sokongan Melayu Terhadap BN – Maulizan

TEBRAU, 01 Mac – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Muhamad Sabu hari ini dibidas setelah didakwa melabelkan Melayu pertengahan khususnya menjadi penyebab  kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu sebagai  bodoh, bangang dan bahalol yang disifatkan sebagai ‘desprate’ untuk menagih sokongan rakyat.

20160229165053Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Hj Maulizam Bujang berkata Muhamad Sabu atau Mat Sabu sebenarnya tidak memahami sejarah dan tidak mendalami dengan mendalam bagaimana sumbangan UMNO bersama parti-parti lain di dalam Barisan Nasional (BN) sejak merdeka hingga ke hari ini.

Menurut beliau kepercayaan yang diberikan oleh rakyat terhadap BN adalah berdasarkan keupayaan dan bukannya berdasarkan kepada janji-janji manis yang ditabur semata-mata-mata untuk mendapatkan kemenenagan.

“Jadi Mat Sabu janganlah pelik dengan sokongan tersebut dan janganlah bertindak di luar norma-norma sebagai pemimpin setelah kecewa dengan kepercayaan yang masih lagi diberikan oleh rakyat kepada BN. Bagaimana rakyat nak percaya jika perjuangan parti yang bersimpang siur.

“Dan janganlah kecewa sebegitu rupa kerana PAN sehingga kini masih lagi belum mendapat kepercayaan yang sepenuhnya di kalangan rakyat apatah lagi dikalangan pendokong UMNO mahu pun Pas itu sendiri,” ujarnya.

Utusan melaporkan, dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, bangang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini, di Sungai Petani.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu,” katanya.

Datuk Hj Maulizam seterusnya menambah jika itulah yang dipamerkan oleh bekas timbalan presiden Pas itu ianya amat jelas beliau bukanlah seorang pemimpin yang sebenar dan juga bukan seorang pemimpin yang matang dan berhemah.

“Begitulah juga dengan tindakannya membaling mikrofon sebelum ini. Bukan pemimpin yang sebenarnya. Cara yang ditunjukkan itu bukan sahaj tidak sesuai malah tidak menepati ciri-ciri seorang pemimpin.

“Jangan menampakkan ‘desprate’ sedemikian rupa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu. Jika sebelum ini baling mikrofon, kali ini dengan ungkapan yang tidak manis dan tidak elok. Marah pun marahlah…jangan sampai sebegitu rupa. Pemimpin kena tunjukkan teladan yang baik,” katanya.