Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(): Failed opening '1' for inclusion (include_path='.:/opt/alt/php56/usr/share/pear:/opt/alt/php56/usr/share/php') in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63
Skim pembiayaan RMMJ Mulai April – UMNO JOHOR

Skim pembiayaan RMMJ Mulai April

JOHOR BAHRU 28 Feb. – Skim pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang diwujudkan bagi membantu orang ramai mendapatkan pinjaman perumahan dijangka mula dilaksanakan April ini.

image-4Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi skim berkenaan, kerajaan negeri dan Ambank Islamic telah menyediakan dana berjumlah RM300 juta bagi membantu golong­an sasar.

Beliau berkata, skim itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membantu golongan sasar mendapatkan pinjaman perumahan yang sebelum ini berdepan kesukaran mendapatkan kelulusan bagi pembiayaan perumahan mereka.

“Perancangan pelaksanaan skim ini telah lama dibuat, namun kita perlu menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan termasuk memenuhi syarat Kementerian Kewangan.

“Apabila kita sudah memenuhi semua syarat tersebut, barulah kita boleh laksanakan skim ini dijangka akan bermula pada April ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Perbadanan Islam Stulang Baru, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi; Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengarah Urusan Perbadanan Islam Johor (PIJ) Holdings Sdn. Bhd., Rozan Mohd. Sa’at.

Taman Perbadanan Islam Stulang Baru yang merupakan taman perbadanan Islam ketiga dilancarkan PIJ meliputi pembinaan sebanyak 108 unit RMMJ, Perumahan Komuniti Johor (PKJ) A (126 unit), PKJ B (99 unit) dan 34 unit inkubator bagi usahawan tempatan.

Mohamed Khaled berkata, selain projek perumahan di tanah rizab Melayu yang dikhaskan untuk bumiputera, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) turut mengambil pendekatan menyediakan rumah untuk semua kaum.

Tambahnya, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM150 juta bagi mendapatkan tanah di bandar untuk membangunkan perumahan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada semua kaum turut mempunyai rumah di kawasan berkenaan.

“Kita sedang mencari tanah di kawasan bandar, namun bukan mudah kerana tidak banyak tanah yang sesuai tetapi kita komited kerana mahu setiap pertumbuhan pembangunan membawa kesejahteraan kepada hidup rakyat,” katanya.- Utusan