Mini Karnival Orang Muda Puteri UMNO Dekati Anak Muda

KLUANG, 27 Feb 2016 – Mini Karnival Orang Muda program anjuran Puteri UMNO Johor yang diadakan  di Jalan Persiaran Dato’ Haji Ismail Hassan Kluang, Johor baru-baru ini berjaya mendaftar pengundi baru dan keahlian Puteri UMNO seramai 1800 orang.

20160227_110310Karnival  anjuran bersama Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, JPMM Dun Mahkota dan Majlis Pebandaran Kluang. pelbagai acara diatur untuk menarik penyertaan dari masyarakat pelbagai peringkat usia.

Walaubagaimanpun sasaran Puteri UMNO ialah untuk menarik golongan muda menyertai mereka dan seterusnya mendaftar sebagai pengundi dan ahli Puteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak berkata, ianya satu cabaran bagi Puteri UMNO untuk mengadakan program – program yang bersesuaian dengan jiwa anak muda.

“Namun begitu hari ini jelas menunjukkan UMNO khususnya Puteri UMNO masih lagi relevan untuk dijadikan wadah perjuangan oleh golongan muda masa kini. Penyertaan mereka ini boleh membantu parti untuk terus memastikan kerajaan sedia ada kekal mentadbir negara,” ujarnya.

Karnival Orang Muda anjuran Puteri UMNO Johor dan Puteri UMNO Malaysia ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari warga Kluang dan sekitarnya. Pelbagai acara disediakan antaranya karaoke suka-suka , pertandingan mewarna keluarga, jualan amal “carbooters” dan lain-lain aktiviti bagi menarik golongan muda.

“Selain itu tugas lebih mencabar bagi ahli parti hari ini ialah memperbetulkan persepsi negatif yang dimainkan oleh sesetengah pihak terhadap parti UMNO di dalam media sosial. Penting bagi kita menjawap segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan sama ada kepada Presiden parti mahu pun parti UMNO sendiri di dalam media sosial.”